BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 September 2009

Rahsia Wanita...

Rahsia Wanita...




Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa wanita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua.




Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.


i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan


ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh


iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas


iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas




Wanita berunsur Tanah




Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:


* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban


demi kasih sayangnya kepada suami.


* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap


meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.


* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan


tidak suka membantah atau membangkang.


* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga


kecantikan untuk suami.




Wanita berunsurkan Air




Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.


* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan


anak-anak hanyut dibawa arus hidup.


* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.


* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.




Wanita yang berunsurkan Api




Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:


* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.


* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam


menguruskan hal-hal rumahtangga.


* Penasihat yang baik kepada suami.


* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan


cantik dan menarik dihadapan suami.


* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.




Wanita berunsur Angin




Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:


* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

0 ulasan: